19th Ave New York, NY 95822, USA

Macam Mana Nak Tambat Hati Bakal Mertua.

Bicara soal ‘first impression’, pasti ramai yang gugup untuk berjumpa dengan ahli keluarga bakal pasangan kita. Nak menambat hati keluarga bakal pasangan bukanlah sesuatu yang mudah terutama bakal mertua, jadi macam mana cara kita nak ‘impress’ bakal mertua kita supaya kita dapat memberikan tanggapan yang baik dan mendapat lampu hijau untuk meneruskan fasa perhubungan seterusya bersama anak mereka.

Jangan ‘Over Thinking’.

Kita mesti akan banyak memikirkan cara-cara untuk nampak sopan dan baik dihadapan bakal mertua. Ada yang terlalu menunjukkan kebaikan sehingga keluarga mertua itu sendiri tidak berasa selesa. Malah kita sendiri juga boleh rasa betapa tidak selesanya bila diri kita tidak menjadi diri sendiri. Bak kata orang ‘don’t try hard, but act smart’, jadi kita hanya perlu berkelakuan sederhana dan cukup dengan menyenangkan hati semua ahli keluarga sahaja.

‘don’t try hard, but act smart’

Bergaul

Dalam bab ini pasti ramai yang akan meluahkan bahawa mereka adalah seorang yang pemalu, pendiam, seorang introvert atau tidak pandai beramah mesra. Jadi apa yang perlu anda lakukan? Jika kita seorang yang tidak pandai berbual, kita perlu pastikan diri kita untuk tidak menyampuk atau menjadi seorang yang suka bercakap besar. Apa yang penting kita sentiasa memberikan perhatian dalam perbualan bersama meraka dan memberikan senyuman jika ditanya soalan. Elakkan diri dari membuat hal sendiri atau menghadap phone jika sedang berhadapan dengan keluarga bakal pasangan kita.

Berusaha

Jangan kita mudah berputus asa jika diri kita tidak menepati ciri-ciri bakal menantu pilihan mereka.  Jika kita memberikan yang terbaik dan sentiasa memperbaiki dan berusaha menunjukkan perubahan, insya allah kita akan diterima dihati mereka. Ini kerana hati orang tua adalah lebih sensitif dan mereka akan terkesan dengan sikap positif yang kita berikan.

Semoga tips ini dapat membantu sedikit sebanyak untuk anda menjadi menantu pilihan dan kesayangan oleh bakal mertua anda.

Leave a comment