19th Ave New York, NY 95822, USA

Majlis Sederhana Menguntungkan Untuk Kehidupan Selepas Kahwin

Apakah hikmah jika anda mengadakan majlis perkahwinan di Musim PKP? Semestinya anda dapat berjimat lebih banyak dalam mengeluarkan perbelanjaan untuk majlis perkahwinan kan. Jadi apakah perbelanjaan yang wajib anda belanjakan  untuk mendapat berkah (memberi kepada orang ramai) selain dapat berjimat, Kun ingin kongsikan pandangan pada anda.

Paling utama sekali perbelanjaan dalam  majlis perkahwinan ialah penyediaan untuk  jamuan makan dan pemberian goodies kepada tetamu. Jika sebelum PKP dilaksanakan, pasti ramai tetamu yang akan dijemput dan hadir ke majlis, jadi perbelanjaan untuk katering dan ‘berkat’ (goodies) adalah wajib untuk setiap majlis perkahwinan. Jadi anda dapat kurangkan kos dari segi perbelanjaan untuk goodies dan perbelanjaan katering hanya untuk penyediaan makanan bungkus sahaja untuk jiran-jiran anda, tak lupa juga jamuan makan untuk sedara-mara anda yang menghadiri majlis anda. Jadi ia dapat mengurangkan sebahagian perbelanjaan yang agak besar.

Mengadakan majlis doa selamat untuk perkahwinan anda bagi menggantikan majlis perkahwinan.

Bagi menyimpan seribu kenangan di hari anda dan pasangan mengikat tali ikatan yang sah sebagai pasangan suami dan isteri, upah photographer yang dapat menbantu merakamkam majlis perkahwinan anda yang ‘simple’ tetapi kelihatan indah dan menarik.

Jadi untuk apa anda berjimat dalam mengadakan majlis perkahwinan? Tujuannya ialah untuk anda menyimpan lebih dan gunakan untuk di alam berumahtangga. Berbelanjalah dengan bijak kerana kehidupan selepas itu lebih penting.

Leave a comment