Perancangan pandemik Covid-19 untuk bakal pengantin

Banyak pasangan bakal pengantin yang terkesan dan mengalami kerugian terutama semasa musim PKP fasa pertama lagi. So apa tips dan perkara yang perlu anda tahu sebelum merancang majlis selepas musim PKP ini tamat.

Bagi pandangan saya, untuk mengelakkan anda mengalami kerugian dalam merancang majlis perkahwinan majlis perlulah dibuat secara sederhana. Dari segi jemputan, hanya sedara-mara dan sahabat handai yang terdekat sahaja, ini kerana perintah kerajaan mungkin akan megelakkan majlis keramaian diadakan terlalu ramai jika pandemic Covid-19 masih bersisa dinegara ini.

Point selanjutnya, saya sarankan untuk menyediakan tempat khas mencuci tangan yang lengkap dengan sabun, tisu dan hand sanitizer. Apa yang penting ialah menjaga kebersihan dan kesihatan tetamu yang hadir di majlis, kalau boleh elakkan daripada bersalaman atau sediakan hand sanitizer di sebelah tuan rumah. Kita tidak mahu majlis kita punca kluster terbaru untuk musim selepas PKP nanti.

Sediakan infrared thermometer atau upah RELA untuk menjaga pintu masuk / gerbang masuk di majlis anda. Pastikan RELA untuk memeriksa suhu badan pada setiap tetamu yang hadir.

Dalam penyediaan makanan untuk tetamu yang hadir pula, adalah lebih baik hidangan disediakan dalam bungkusan terus. Jika sebelem ini tetamu boleh menjamah juadah di majlis, kali ini kita terpaksa untuk menyediakan tetamu makanan dalam bungkusan terus untuk dibawa balik, mungkin cara ini nampak tidak elok, tapi dengan keadaan yang memerlukan kita terhadkan masa dan jarak pergaulan, cara ini boleh dikatakan relevan.

Dari segi tempahan photographer pula, pastikan anda tidak memilih tempat yang menyukarkan pihak photographer untuk mengambil gambar anda. Pilih kawasan yang lapang dan tidak ramai pengunjung atau jangan memilih tempat yang berisiko untuk dijangkiti.

Apa yang penting buat masa ini ialah hati-hati dalam membuat perancangan majlis. Untuk mengelakkan sebarang kerugian anda perlu memikirkan keselamatan dan kesihatan orang awam jika tidak, mungkin perintah kerajaan akan lebih ketat lagi.

https://www.youtube.com/watch?v=QiZb877MwDI

Leave a comment