Apa yang anda perlu tahu untuk merancang sesi photoshoot outdoor.

Jika anda lihat gambar-gambar pengantin, pasti anda teruja melihat photoshoot outdoor yang menjadi ‘trend’ masa kini. Untuk memastikan gambar photoshoot anda tidak mengecewakan, follow tips ini:-
1

Lokasi outdoor.

Faktor yang utama sekali ialah pilih lokasi outdoor. Terdapat beberapa lokasi outdoor yang selalu menjadi pilihan pengantin antaranya kawasan tepi pantai, suasana hutan, taman rekreasi dan lain-lain. Untuk pilihan lokasi, pastikan anda memilih lokasi yang luas dan tidak sesak dan yang paling utama elakkan dari memilih lokasi terpencil dan sunyi.

2

Waktu yang sesuai.

Waktu yang sesuai untuk keluar photoshoot outdoor ialah waktu lepas asar. Waktu ini sesuai jika anda ingin photoshoot dala suasana cerah. Jika anda sukakan suasana gelap, anda boleh pilih untuk shoot pada waktu malam, lebih baik jika kawasan itu mempunyai lampu-lampu yang dapat menerangkan kawasan itu supaya pengantin tidak tenggelam dengan cahaya yang gelap.

3

Busana

Jangan terkejut, busana juga memainkan peranan penting demi mendapatkan gambar yang cantik. Jika anda memakai busana berwarna hijau tua, jangan ‘request’ untuk memilih lokasi yang berlatar belakangkan pokok-pokok atau suasana hutan, ini kerana pemakaian mestilah perlu kontra dari latar belakang supaya anda tidak tenggelam didalam gambar nanti.

busana mestilah perlu kontra dari latar belakang supaya anda tidak tenggelam didalam gambar nanti.
4

Jarak perjalanan.

Jika anda bercadang untuk merancang aktiviti photoshoot outdoor,elakkan dari memilih lokasi yang jauh dari lokasi majlis. Pastikan anda memilih hari berikutnya supaya photographer anda tidak terkejar-kejar masa.

Comments (1)

https://waterfallmagazine.com
Wow, fantastic blog layout! How long have you been blogging
for? you make blogging look easy. The overall look of
your site is wonderful, let alone the content!

Leave a comment