19th Ave New York, NY 95822, USA

Nak gambar terbaik untuk album perkahwinan anda, follow tips dari photographer Kun.

Apakah perkara yang perlu dititikberatkan oleh pengantin jika mahukan gambar-gambar perkahwinan kelihatan cantik dan memuaskan hati.

Untuk setiap bakal pengantin pasti mengimpikan gambar-gambar perkahwinan yang kelihatan sempurna dimata meraka, tetapi jika mengingikan gambar perkahwinan yang sempurna , anda perlulah menitikberatkan beberapa faktor seperti berikut.

1

Warna baju pengantin dan pelamin.

Antara salah satu faktor utama ketika majlis perkahwin ialah baju pengantin dan pelamin. Apa yang yang anda perlu tahu, jika mahukan gambar-gambar perkahwinan yang cantik diatas pelamin anda perlulah memilih warna pelamin yang lembut, contoh warna-warna ‘Pastel’ mahupun warna putih juga sangat membantu menonjolkan gambar pengantin di atas pelamin. Selain itu, anda juga disarankan untuk memakai baju pengantin yang kontra daripada warna pelamin.

2

Lokasi pelamin

Bagi menampakkn lagi gambar kelihatan lebih cantik, lokasi pelamin memainkan peranan. Untuk pengetahuan anda, gambar-gambar pengantin di atas pelamin lebih sempurna jika dikawasan tertutup contoh seperti didalam rumah atau dewan. Ini kerana dikawasan tertutup, ia membantu dari segi pencahayaan dan menampakkan gambar pengantin lebih sekata berbanding lokasi pelamin dikawasan terbuka. Jika dikawasan terbuka pula, gambar pengatin lebih tampak terganggu dengan pencahayaan luar dan gambar pengantin tampak tidak sekata dari segi latar belakang (pelamin) mahupun pada pengatin itu sendiri.

3

Elakkan lampu yang berwarna.

Untuk penggunaan lampu pula, penggunaan lampu yang berwarna seperti oren, ungu, biru dan sebagainya amatlah tidak digalakkan oleh photographer. Jika anda mahukan kulit muka kelihatan ‘natural’ didalam gambar, anda disarankan untuk menggunakan satu cahaya sahaja iaitu lampu berwarna putih. Photographer juga tidak menggalakan penggunaan lampu spotlight berwarna diatas pelamin, kerana ia akan menganggu warna pada baju dan muka pengantin didalam gambar.

Jika anda mahukan kulit  muka kelihatan ‘natural’ didalam gambar, anda disarankan untuk menggunakan satu cahaya sahaja iaitu lampu berwarna putih
4

Lokasi outdoor.

Jika anda berminat untuk photoshoot outdoor dikawasan yang anda sendiri tentukan, pastikan waktu dan cuaca tidak menghalang aktiviti anda. Jika jarak lokasi outdoor anda makan masa yang lama, pastikan majlis anda berlangsung sedikit awal, supaya ia tidak mengganggu aturcara majlis yang berlangsung. Untuk cuaca pula, sebaiknya anda mendengar nasihat photographer jika cuaca pada masa itu tidak baik. Photographer akan cuba sebaiknya memberikan gambar yang terbaik sebagai ganti untuk photoshoot outdoor, jadi jika photographer menyarankan lokasi outdoor dikawasan terdekat sahaja anda perlulah memberi kerjasama.

pastikan waktu dan cuaca tidak menghalang photoshoot outdoor

Sekian itu sahaja cadangan yang Kun sediakan untuk anda, diharap dapat membantu serba sedikit dalam merancang majlis perkahwinan anda nanti. Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat tentang pakej perkahwinan yang kami sediakan boleh hubungi sales dan admin Kun Studio. Jangan lupa untuk follow page FB dan Instagram dan tak lupa untuk subscribe You tube kami KunStudioCo.

Leave a comment